Faraid
Pengertian Faraid
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
Asas pembahagian harta pusaka
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
- Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu. - Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
- Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
Kaedah perlaksaan FARAID
Setelah sesaorang itu meninggal dunia
- Waris perlu kenalpasti harta-harta simati yang telah di Hibah semasa hidupnya. Harta tersebut tidak dikira sebagai pusaka
- Waris perlu kenal pasti harta-harta yang simati pegang sebagai pemegang amanah. Harta tersebut tidak dikira sebagai pusaka, kecuali didalam harta amanah tersebut, ada sebahagiannya hak kepentingan simati
- Waris perlu kenal pasti hutang-hutang arwah dan usaha untuk selesaikan menggunakan harta yang ditinggalkan
- Waris perlu lunaskan sebarang hutang arwah kepada Allah seperti Fidyah, Zakat dan Haji dengan menggunakan harta yang ditinggalkan
- Pasangan simati ( suami atau isteri) boleh menuntut harta sepencarian. Boleh diputuskan melalui Mahkamah Syariah atau melalui muafakat waris faraid
- Pasangan simati (isteri sahaja) boleh menuntut nafkah sepanjang edah. Boleh diputuskan melalui Mahkamah Syariah atau melalui muafakat waris faraid
- Sekiranya Simati ada berwasiat kepada bukan waris ataupun untuk tujuan amal, Waris wajib laksanakan selagi nilai wasiat tersebut tidak melebihi 1/3 dari nilai keseluruhan harta yang ditinggalkan simati.
- Apa sahaja baki harta yang tinggal setelah diambil kira perkara di atas, Waris-waris yang mempunyai hak faraid boleh mencapai salah satu muafakat berikut untuk setiap harta.
- Setuju melepaskan hak kepada salah seorang waris dengan redha, tanpa menerima sebarang bayaran pampasan
- Setuju melepaskan hak kepada salah seorang waris setelah menerima bayaran pampasan yang dipersetujui
- Setuju untuk membahagikan sesuatu harta mengikut kadar yang dipersetujui oleh semua waris. Contoh: samarata
- Setuju untuk membahagikan sesuatu harta mengikut kadar yang ditentukan oleh faraid
- Sebelum muafakat dicapai semua waris perlu maklum
- harta-harta simati yang menjadi pusaka
- Nilai keseluruhan pusaka
- Kadar hak faraid setiap waris
- Nilai hak faraid setiap waris, dengan mengambilkira nilai pusaka
- Untuk mencapai muafakat yang baik, adalah disarankan kepada pihak waris untuk menggunakan khidmat KAUNSELOR PUSAKA sebagai pihak ketiga yang berpengetahuan dan tidak ada kepentingan dalam harta tersebut. MyPusaka menyediakan khidmat KAUNSELOR PUSAKA.
- Melalui khidmat KAUNSELOR PUSAKA, banyak kes pusaka dapat diselesaikan oleh MyPusaka dengan baik.
Perkhidmatan pengiraan faraid melalui masjidnetwork.my
Kami menyediakan aplikasi dalam talian secara PERCUMA kepada ahli masjidnetwork.my. Keahlian terbuka kepada semua umat islam yang berusia lebih 18 tahun.
Daftar segera menjadi ahli masjidnetwork.my dengan klik butang DAFTAR melalui laman web dari ahli yang menghubungi anda
Melalui aplikasi ini, ahli masjidnetwork.my anda boleh:
- Membuat pengiraan waris faraid dan mencetak analisanya
Kami sangat sarankan semua ahli untuk mula membuat perancangan pewarisan diri sendiri.
masjidnetwork.my menyediakan aplikasi dalam talian yang mudah untuk:
- Membantu senaraikan waris faraid dan ahli keluarga angkat
- Membantu senaraikan harta alih dan tak alih
- Membantu senaraikan maklumat penting seperti penama tabung haji, skim takaful, skim khairat kematian dan skim urus jenazah
- Membantu senaraikan hutang
- Membantu senaraikan hasrat pewarisan
- Siapa akan menjadi wasi
- Siapa akan menjadi pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Senarai harta sepencarian
- Peruntukan wasiat kepada bukan waris
- Peruntukan wasiat kepada badan amal sebagai wasiat sedekah/waqaf
- Pesanan Peruntukan kepada waris
Maklumat ini boleh dikemaskini secara berterusan
Setelah maklumat lengkap diisi, Ahli boleh melanggan Pakej Khairat Plus untuk mencetak
- Dokumen wasiat perlantikan wasi dan pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Dokumen pesanan pewarisan harta
- Dokumen pesanan kepada waris
Panduan untuk urusan tandatangan disediakan, untuk dikendalikan sendiri oleh ahli
Walaupun dokumen pewarisan lengkap ini boleh dibuat secara Kediri ( DIY), ahli baru digalakkan untuk mendapatkan bantuan pakar untuk menyediakan dokumen yang kukuh dan berkualiti. Yuran bantuan pakar adalah RM 200. Sila langgan melalui pautan “Panduan Ahli Baru” yang anda terima.
Jika terdapat sebarang perubahan waris, harta, hutang dan harta, Ahli boleh kemaskini maklumat dan cetak semua dokumen untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang kos tambahan
Perkhidmatan tambahan seperti khidmat bantuan menzahirkan harta dan menyediakan pengistiharan hibah juga ada disediakan
Sila daftar sebagai ahli masjidnetwork.my untuk dapatkan khidmat di atas dengan klik butang DAFTAR