URUS PUSAKA
Pengurusan harta pusaka adalah sebahagian daripada proses perancangan kewangan yang penting dalam institusi keluarga. Ia memainkan peranan besar dalam menentukan pembahagian harta demi kesejahteraan waris, masyarakat dan roh pemilik harta.
Urus harta pusaka adalah satu prosedur yang penting untuk difahami, khususnya bagi masyarakat Islam. Tanpa pengurusan harta pusaka yang baik, pelbagai perkara boleh berlaku sehingga menyebabkan konflik perebutan harta pusaka.
Sebaiknya proses urus pusaka dibuat dengan bantuan pakar pusaka untuk mengelakkan kesilapan, perbalahan dan kelewatan
1.Kenal Pasti Harta Pusaka
Langkah pertama yang perlu dilakukan dalam menguruskan harta pusaka adalah dengan membuat pengasingan harta pusaka yang dimiliki atau yang diuruskan oleh si mati ketika hayatnya.
Ia perlu diasingkan kerana berkemungkinan tidak semua harta yang diuruskan oleh si mati adalah kepunyaan mutlaknya. Antaranya seperti harta wasiat, harta yang telah dijual, harta yang dihibahkan, harta yang diwakafkan, harta yang dipegang amanah dan sebagainya oleh si mati pada hayatnya.
2.Selesaikan Segala Hutang Yang Ditinggalkan
Langkah urus harta pusaka yang seterusnya adalah waris perlu menyelesaikan segala hutang piutang yang ditinggalkan oleh arwah si mati. Hutang yang dimaksudkan adalah hutang dunia dan hutang akhirat. Hutang dunia adalah seperti hutang dengan individu, syarikat dan segala hal yang berkaitan dengan dunia, manakala hutang akhirat pula adalah seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya.
3. Melaksanakan Wasiat Arwah Si Mati
Dalam Islam, kita wajib melaksanakan wasiat arwah si mati asalkan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Jadi, hasrat atau pesanan yang dibuat semasa hayatnya perlu dilaksanakan apabila arwah sudah meninggal dunia.
Harta tersebut boleh diberikan kepada bukan waris dengan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Penting untuk ketahui hukum hakam dalam menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah.
4. Menguruskan Harta Sepencarian
Harta sepencarian perlu diuruskan sebelum harta tersebut difaraidkan. Ia merupakan harta yang dimiliki atau diusahakan secara bersama oleh arwah si mati dan pasangan semasa hayatnya. Justeru, sekiranya pasangan tersebut merupakan seorang suri rumah, dia juga berhak untuk menuntut harta sepencarian tersebut.
5. Melaksanakan Pembahagian Harta Mengikut Faraid
Akhir sekali, langkah menguruskan harta pusaka adalah melaksanakan pembahagian harta mengikut Faraid dan perundangan Malaysia kepada waris arwah si mati.
Prosesnya adalah seperti berikut
- Kenal pasti siapa waris faraid dan kadar hak masing-masing
- Kenal pasti harta dan angaran nilai setiap harta dan secara keseluruhan
- Buat pengiraan nilai hak fariad bagi setiap waris
- Berbincang untuk mencapai muafakat untuk setiap harta, sebaik-baiknya dengan bantuan kaunselor pusaka. Antara jenis muafakat yang boleh dicapai:
- Sebahagian waris melepaskan hak secara redha kepada waris yang lain
- Sebahagian waris melepaskan hak selepas menerima nilai tebusan harta tersebut dari pihak yang mengambil hak
- Semua waris bersetuju untuk membahagian mengikut kadar pengiraan tertentu
- Pembahagian mengikut kadar faraid
- Setelah muafakat dicapai, perlu diputuskan siapa dari kalangan waris yang akan menjadi pemohon urus pusaka
- Putuskan di mana permohonan urus pusaka akan dibuat, bergantung kepada kesesuaian (Sila rujuk kepada kaunselor pusaka untuk mengelakkan kesilapan). Pilihan tempat untuk memohon adalah:
- Di Pejabat Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian atau
- Di Pejabat Amanah Raya atau
- Di Mahkamah Tinggi
- Sediakan borang permohonan dan dokumen sokongan dengan betul dan hantar permohonan ( Sila dapatkan bantuan kaunselor pusaka untuk mengelakkan kesilapan)
- Sediakan dokumen akuan persetujuan muafakat kepada harta-harta yang dipohon
- Pemohon dan saksi hadir ke sesi perbicaraan pusaka apabila dipanggil. Semua waris tidak perlu hadir, namun waris yang tidak hadir perlu membuat surat akaun tentang persetujuan pembahagian harta pusaka
- Setelah proses perbicaraan pusaka selesai dokumen perintah akan dikeluarkan untuk mencairkan dan menurun milik harta-harta tersebut
Perkhidmatan khidmat nasihat, kaunseling dan permohonan urus pusaka melalui MyPusaka
Kami menyediakan aplikasi dalam talian secara PERCUMA kepada ahli masjidnetwork.my. Keahlian terbuka kepada semua umat islam yang berusia lebih 18 tahun.
Daftar segera dengan klik butang DAFTAR
Melalui aplikasi ini, ahli masjidnetwork.my boleh:
- Pendapat khidmat runding awal urus pusaka
- Senaraikan maklumat waris
- Senaraikan maklumat harta, hutang dan hasrat
Untuk memulakan proses urus pusaka, kami mengenakan fee pendaftaran ( Buka Fail) RM500
Seterusnya ahli akan dapat:
- Penyediaan dokumen permohonan
- Cetakan dokumen permohonan mengikut format yang diperlukan (Contoh: Borang A, Borang DDA dan lain-lain)
- Panduan permohonan pusaka untuk dikendalikan sendiri oleh wakil waris ( pemohon)
MyPusaka juga menyediakan khidmat tambahan dengan kadar bayaran yang berpatutan:
- Pengumpulan Maklumat Harta ( contoh : carian geran )
- Pencarian waris
- Sesi penerangan dan muafakat waris
- Khidmat kendalian dan bantuan proses permohonan urus pusaka
- Khidmat bantuan semasa proses perbicaraan pusaka
Kami juga sarankan agar semua pemilik harta yang masih hidup untuk menyediakan dokumen pewarisan yang teratur yang akan memudahkan urus pusaka selepas mereka meninggal dunia.
MyPusaka sedia membantu
Sebelum membuat permohonan urus pusaka, kami sarankan untuk Tuan/Puan mula dengan proses awal perancangan pewarisan lengkap untuk diri sendiri.
Kami menyediakan aplikasi dalam talian secara PERCUMA kepada ahli masjidnetwork.my. Keahlian terbuka kepada semua umat islam yang berusia lebih 18 tahun.
Daftar segera dengan klik butang DAFTAR
Melalui aplikasi ini, ahli masjidnetwork.my boleh:
- Membuat pengiraan waris faraid dan mencetak analisanya
- Membantu senaraikan waris faraid dan ahli keluarga angkat
- Membantu senaraikan harta alih dan tak alih
- Membantu senaraikan maklumat penting seperti penama tabung haji, skim takaful, skim khairat kematian dan skim urus jenazah
- Membantu senaraikan hutang
- Membantu senaraikan hasrat pewarisan
- Siapa akan menjadi wasi
- Siapa akan menjadi pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Senarai harta sepencarian
- Peruntukan wasiat kepada bukan waris
- Peruntukan wasiat kepada badan amal sebagai wasiat sedekah/waqaf
- Pesanan Peruntukan kepada waris
Maklumat ini boleh dikemaskini secara berterusan
Setelah maklumat lengkap diisi, Ahli boleh melanggan pakej Khairat Plus untuk mencetak
- Dokumen wasiat perlantikan wasi dan pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Dokumen pengistiharan harta sepencarian
- Dokumen pesanan pewarisan harta
- Dokumen pesanan kepada waris
Panduan untuk urusan tandatangan disediakan, untuk dikendalikan sendiri oleh ahli.
Walaupun dokumen pewarisan lengkap ini boleh dibuat secara Kediri ( DIY), ahli baru digalakkan untuk mendapatkan bantuan pakar untuk menyediakan dokumen yang kukuh dan berkualiti. Yuran bantuan pakar adalah RM 200. Sila langgan melalui pautan “Panduan Ahli Baru” yang anda terima.
Jika terdapat sebarang perubahan waris, harta, hutang dan harta, Ahli boleh kemaskini maklumat dan cetak semua dokumen untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang kos tambahan
Perkhidmatan tambahan seperti khidmat bantuan menzahirkan harta dan menyediakan dokumen pengistiharan HIBAH juga ada disediakan
Sila daftar sebagai ahli untuk dapatkan khidmat di atas dengan klik butang DAFTAR