mypusaka (2)

Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Pengumpulan, Rakaman, Penyimpanan dan Pengekalan Maklumat Peribadi

Mypusaka.online (“kami”) sedang menjalankan satu usaha untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Bagi mematuhi Akta tersebut, kami dikehendakki untuk menguruskan data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.

Tujuan penggunaan data peribadi anda adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:-

(secara kolektif, “Tujuan-Tujuan tersebut”)

Data peribadi anda mungkin dikumpulkan daripada borang-borang di dalam talian semasa anda melayari laman web mypusaka.online atau dikumpulkan daripada senarai tetamu yang sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan / atau mana-mana acara yang dianjurkan oleh kami .

Anda mungkin diperlukan untuk membekalkan kami dengan nama anda, nama syarikat, alamat, negara, nombor telefon, nombor faks dan alamat emel.

Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses dan/atau menzahirkan data peribadi anda bagi mana-mana tujuan tersebut di atas.

Sila maklum bahawa data peribadi anda boleh didedahkan, disebarkan atau dipindahkan kepada mypusaka.online , samada pada masa sekarang atau pada masa hadapan , atau kepada mana-mana organisasi pihak ketiga tujuan memenuhi tanggungjawab kami kepada anda berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut dan dan juga tujuan-tujuan yang berkaitan dengan Tujuan-Tujuan tersebut serta dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu, penyelenggaraan dan penyimpanan rekod-rekod.

Untuk tujuan ini, kami komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kesemua data peribadi yang diserahkan kepada kami dan disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemaskini dan lengkap dalam semua aspek. Bagi mengelakkan keraguan, kami dan/atau pekerjanya atau pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang data peribadi yang diserahkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemaskini.

Di samping itu, kami boleh meminta bantuan anda untuk memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga yang data peribadinya telah dikemukakan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.

Anda boleh, pada bila-bila masa selepas penyerahan data peribadi anda kepada kami, mengemukakan permintaan untuk akses kepada data peribadi anda dengan mengemukakan permohon tersebut kepada kami di alamat seperti di bawah jika:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi

Pusaka Kuds Sdn Bhd (1209701-A)
No 51-2, Jalan Metro Sendayan 1/2 
Sendayan Metro park
Bandar Sri Sendayan
71950 Seremban

Anda boleh meminta pemadaman maklumat peribadi anda dengan menghantar permintaan rasmi kepada kami sama ada melalui e-mel atau mel biasa kepada kami melalui alamat e-mel berikut: admin@mypusaka.online, dan memberikan kami maklumat berkaitan akaun anda dengan kami termasuk nama pengguna, maklumat hubungan dan alamat e-mel. Kami akan maklum balas dalam masa 2 hari bekerja.

Sebarang data peribadi yang dikekalkan oleh kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami selaras dengan dasar pengekalan yang terpakai oleh kami jika data tersebut tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-Tujuan tersebut.

Kami percaya bahawa anda akan memberi persetujuan untuk pemprosesan data peribadi anda dan anda mengaku bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima pernyataan-pernyataan dan terma-terma yang terkandung di dalam ini.

Penyimpanan maklumat:

  • Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda
  • Untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami
  • Untuk menyesuaikan laman web ini mengikut citarasa anda
  • Untuk membolehkan anda menyediakan produk dan perkhidmatan kepada Mypusaka.online
  • Untuk proses penilaian permohonan kerja anda
  • Untuk mentadbir penyertaan anda di dalam mana-mana pertandingan/program yang kami anjurkan
  • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
  • Untuk menghantar mesej-mesej perayaan, promosi atau apa-apa tawaran istimewa
  • Untuk menghantar jemputan tertentu
  • Untuk lebih memahami keperluan anda sebagai pelanggan atau tetamu kami dalam majlis kami
  • Untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan
  • Untuk tujuan analisis statistik data
  • Untuk tujuan memprofil keutamaan anda
  • Bagi maksud mematuhi Akta Syarikat 1965
  • Untuk aktiviti kewangan dan pemasaran
  • Untuk tujuan tadbir urus korporat kami
  • Bagi maksud kemasukan dalam tugasan media dan / atau mana-mana majlis yang berkaitan
  • Bagi maksud menyediakan jemputan tetamu, pendaftaran dan / atau mendaftar untuk acara-acara kami
  • Bagi maksud penerbitan bercetak dan penerbitan dalam talian kami :
    1. Anda memerlukan akses kepada dan/atau ingin membuat pembetulan kepada data peribadi anda, tertakluk kepada pematuhan permintaan untuk akses atau pembetulan itu tidak ditolak di bawah peruntukan Akta tersebut dan/atau undang-undang yang sedia ada;
    2. Anda ingin membuat pertanyaan mengenai data peribadi anda;
    3. Anda tidak lagi bersetuju dengan kami memegang, menyimpan atau mengekalkan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini mungkin menyebabkan kami tidak dapat melaksanakan atau menunaikan tanggungjawab kami kepada anda.
Daftar Sebagai Ahli
Aida - Daftar


Sila daftar sebagai ahli. Aida akan bantu anda mulakan perancangan pewarisan.
Keahlian adalah PERCUMA

 

Terima kasih . Sila kemaskini maklumat di bawah untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapat pelbagai ilmu dan aplikasi yang bermanfaat.

Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat keahlian.

Referrer :

Hubungi Kami
Assalamualaikum. Ada apa yang Aida boleh bantu hari ni?
Hubungi Kami