mypusaka (2)
DanaPlus - Payment
  • Pengenalan
  • Pengecualian
  • Pakej
  • Maklumat Diri

Syarat Penyertaan Skim DanaPlus

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 15 sehingga 64 tahun. Umur adalah berdasarkan umur peserta pada tahun hadapan.
  2. Tuntutan maksimum sehingga RM49,500 (tertakluk kepada skim yang dilanggan).

 

Mengapa Anda Perlu Melanggan Skim DanaPlus

  1. Skim DanaPlus adalah satu skim pewarisan lengkap yang menggabungkan dokumen pewarisan, urus pusaka dan tunai untuk waris.
  2. Skim DanaPlus amat mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
  3. Mengelakkan kes urus pusaka tertangguh dan pertelingkahan antara waris.

 

Cara Membuat Tuntutan

  1. Waris laporkan kematian ahli yang melanggan skim DanaPlus dengan melayari Mypusaka.online dan isikan butiran yang disediakan.
  2. Waris dikehendaki menyertakan salinan sjil kematian/permit pengebumian dan laporan perubatan yang berkaitan dan memuatnaik salinan tersebut di laman Mypusaka.online.
  3. Pegawai kami akan menghubungi pihak waris untuk tindakan lanjut berkenaan urus pusaka dan tuntutan tunai yang disediakan di dalam pakej skim DanaPlus.
  4. Tuntutan hendaklah dibuat dan dimaklumkan kepada pihak Pewarisan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh kematian.
  5. Bayaran tunai akan diserahkan kepada waris dalam tempoh 30 hari waktu bekerja, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Pengecualian

Kami tidak melindungi kematian yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu daripada kejadian yang berikut:

  1. Membunuh diri; atau
  2. Meninggal dunia akibat Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV), Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin; atau
  3. Di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain dari yang mengikut arahan seorang pengamal perubatan berdaftar
  4. Kematian disebabkan oleh peperangan, penaklukan, tindakan musuh asing, perseteruan ataupun operasi seperti peperangan (sama ada diisytihar atau tidak) atau perang saudara; atau
  5. Pemberontakan, rusuhan, pemberontakan tentera atau orang awam, insureksi, penentangan, revolusi, perintah berkurung atau darurat atau apa-apa jua peristiwa ataupun penyebab yang boleh menentukan pengisytiharan ataupun penyelenggaraan perintah berkurung ataupun darurat; atau
  6. Sebarang kegiatan keganasan. Untuk tujuan ini kegiatan keganasan bermaksud perlakuan atau perbuatan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada penggunaan sebarang kuasa atau kekerasan atau kekejaman dan/atau ancaman dari situ, oleh mana-mana orang perseorangan atau berkumpulan, sama ada bertindak secara persendirian atau bersandarkan perhubungan dengan mana-mana organisasi atau organisasi-organisasi atau kerajaan-kerajaan, melakukannya di atas sebab-sebab politik, keagamaan, ideologi atau sebarang niat mempengaruhi sebarang kerajaan atau organisasi dan / atau menyebabkan pihak awam, atau sebahagian darinya berada di dalam ketakutan; atau
  7. Orang Yang Dilindungi apabila melibatkan diri, mengendalikan atau melakukan servis, menaiki atau menuruni daripada atau dengan sebarang alat penerbangan atau kenderaan termasuk terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee, peluncuran gantung atau belon udara kecuali apabila Pesera Takaful berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh penerbangan komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; atau
  8. Sebarang ketidakpatuhan undang-undang oleh Orang Yang Dilindungi atau kesalahan yang dicetuskan olehnya; atau
  9. Terlibat dalam sebarang aktiviti dalam air yang menggunakan alat pernafasan tiruan; atau
  10. Kematian yang disebabkan oleh pembelahan nuklear, percantuman nuklear, alat senjata nuklear atau pencemaran radioaktif; atau
  11. Kematian disebabkan oleh gigitan serangga contohnya, nyamuk atau disebabkan oleh serangan/jangkitan cacing.
  12. Tuntutan dalam masa 120 hari untuk penyakit-penyakit kritikal.
  13. Tuntutan atas sebab keadaan penyakit sedia ada untuk tempoh satu tahun pertama DanaPlus dilanggan.

Pakej DanaPlus5
RM80/setahun

  • Surat Wasiat
  • Pesanan pada Waris
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM4,500)
    JUMLAH : RM5,000

Pakej DanaPlus10
RM150/setahun

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM9,500)
    JUMLAH : RM10,000

Pakej DanaPlus25
RM330/setahun

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Khidmat nasihat berserta diskaun menarik untuk penyediaan Pengisytiharan Harta Sepencarian dan Hibah
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM24,500)
    JUMLAH : RM25,000

Pakej DanaPlus50
RM600/setahun 

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Khidmat nasihat berserta diskaun menarik untuk penyediaan Pengisytiharan Harta Sepencarian dan Hibah
  • Urus Pusaka (RM500)
  • Dana Pantas (RM49,500)
    JUMLAH : RM50,000

Pakej Ikatan330
RM330 sekali bayaran

  • Surat Wasiat 
  • Pesanan pada Waris
  • Khidmat nasihat berserta diskaun menarik untuk penyediaan Pengisytiharan Harta Sepencarian dan Hibah

Untuk yang berumur 69 tahun ke atas kerana tidak layak untuk dilindungi oleh pakej DanaPlus, atau berusia bawah 69, tetapi hanya perlukan dokumen pewarisan sahaja.

Anda disarankan untuk sediakan sendiri Dana Pantas melalui akaun Tabung Haji berpenama.

Dengan Pakej DanaPlus5 (RM80/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM4,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.

Dengan Pakej DanaPlus10 (RM150/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM9,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.

Dengan Pakej DanaPlus25 (RM330/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Menyediakan Dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Menyediakan Dokumen Hibah
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM24,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.

Dengan Pakej DanaPlus50 (RM600/setahun), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Menyediakan Dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Menyediakan Dokumen Hibah
  • Pakej Urus Pusaka bernilai RM500 untuk waris memulakan proses Urus Pusaka
  • Dana Pantas sebanyak RM49,500 untuk perbelanjaan bulanan keluarga sebelum harta pusaka dapat dicairkan dan kos urus pusaka.

Dengan Pakej Ikatan330 (RM330 sekali bayaran), anda akan dapat :

  • Menyediakan Surat Wasiat yang lengkap dan patuh syariah 
  • Menyediakan Pesanan pada Waris yang akan memudahkan urusan ahli keluarga
  • Menyediakan Dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Menyediakan Dokumen Hibah
Apply Coupon

Tiada pakej dipilih.

Akad Pembelian

Dengan ini, saya , bersetuju untuk membeli pakej daripada Mypusaka.online dengan harga yang akan dibayar kepada Pusaka Kuds Sdn Bhd untuk tempoh setahun langganan. Saya mengakui dan memahami terma dan syarat yang dikenakan oleh Pusaka Kuds Sdn Bhd berhubung dengan pembelian ini, dan saya bersetuju untuk mematuhinya.

Daftar Sebagai Ahli
Aida - Daftar


Sila daftar sebagai ahli. Aida akan bantu anda mulakan perancangan pewarisan.
Keahlian adalah PERCUMA

 

Terima kasih . Sila kemaskini maklumat di bawah untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapat pelbagai ilmu dan aplikasi yang bermanfaat.

Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat keahlian.

Referrer :

Hubungi Kami
Assalamualaikum. Ada apa yang Aida boleh bantu hari ni?
Hubungi Kami