HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian ialah sebarang harta yang telah diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak. Ia termasuklah harta alih atau harta tak alih yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Harta sepencarian merupakan hak eksklusif yang berhak dituntut oleh isteri atau suami selepas berlaku kematian seorang daripada mereka. Ia juga boleh dituntut oleh isteri apabila berlaku perceraian atau ketika suami hendak berpoligami.
Tuntutan harta sepencarian selepas kematian oleh isteri boleh dibuat sebelum pembahagian harta pusaka setelah menyelesaikan perbelanjaan pengurusan jenazah serta melunaskan segala hutang si mati. Tuntutan harta sepencarian oleh isteri selepas kematian kini semakin popular, namun agak merumitkan kerana melibatkan harta pusaka dan memerlukan kerjasama daripada semua waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati.
Jenis Harta Sepencarian
Semua harta yang dimiliki oleh pasangan ( suami atau isteri) semasa hayatnya boleh dituntut oleh pasangan yang masih hidup sebagai harta sepencarian selepas kematian suami atau isteri, sama ada harta alih atau harta tak alih seperti rumah kediaman, bangunan komersil, tanah, wang pampasan tanah, kenderaan, barang kemas, peralatan dan perkakasan rumah serta wang dalam akaun simpanan.
Bagaimanapun, Mahkamah Syariah dan Jawatankuasa Fatwa Negeri menetapkan beberapa jenis harta pusaka tidak boleh dituntut sebagai harta sepencarian, tetapi boleh mewarisinya melalui kaedah faraid. Antaranya ialah simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, wang pampasan takaful dan saham syarikat serta faedahnya manakala wang pencen dan wang gratuiti yang tidak dianggap sebagai harta pusaka, ia menjadi hak mutlak penama benefisiari yang dinyatakan
Peruntukan Undang-Undang
Peruntukan secara khusus mengenai tuntutan harta sepencarian secara jelas dalam mana-mana Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Sebaliknya terkandung dalam Arahan Amalan No. 5 Tahun 2003 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang menyatakan: “Masa membuat tuntutan harta sepencarian dibolehkan sama ada semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian ataupun selepas kematian mana-mana pihak. Mahkamah dalam hal ini boleh menerima mana- mana tuntutan harta sepencarian yang dibuat selepas kematian mana-mana pihak dalam tuntutan tersebut dan rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi”.
Ini jelas menunjukkan bahawa isteri dibenarkan untuk menuntut harta sepencarian selepas kematian suaminya. Isteri tidak mempuyai hak secara automatik ke atas harta sepencarian sebaliknya hendaklah mengemukakan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah. Maka, mahkamah yang akan menentukan kadar bahagian yang boleh dimiliki oleh isteri berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan tertentu oleh pihak mahkamah.
Faktor utama yang dipertimbangkan oleh mahkamah ialah tempoh perkahwinan dan takat sumbangan pasangan suami isteri bagi memperoleh harta berkenaan, ia termasuklah sumbangan secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, pihak isteri mestilah mengemukakan bukti atau saksi bagi meyakinkan mahkamah bahawa beliau telah sama-sama memberi sumbangan ke atas perolehan harta yang dituntut.
Sumbangan secara langsung ialah sumbangan dalam bentuk kewangan atau usaha yang diberikan oleh isteri untuk memperoleh harta tersebut. Kerja-kerja suri rumah, sumbangan idea, dorongan serta keselesaan sehingga membolehkan suami bekerja dan mengumpul harta, dikategorikan sebagai sumbangan tidak langsung isteri dalam kehidupan harian.
Kes Tuntutan Harta Sepencarian
Untuk memudahkan proses tuntutan harta sepencarian, adalah digalakkan untuk pasangan suami isteri menyediakan dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian semasa mereka masih mempunyai ikatan perkahwinan.
Perkhidmatan penyediaan Dokumen Pengisytiharan Harta Sepencarian melalui MyPusaka
Kami menyediakan aplikasi dalam talian secara PERCUMA kepada ahli masjidnetwork.my. Keahlian terbuka kepada semua umat islam yang berusia lebih 18 tahun.
Daftar segera menjadi ahli masjidnetwork.my dengan klik butang DAFTAR melalui laman web dari ahli yang menghubungi anda
Melalui aplikasi ini, ahli masjidnetwork.my anda boleh:
- Membuat pengiraan waris faraid dan mencetak analisanya
Kami sangat sarankan semua ahli untuk mula membuat perancangan pewarisan diri sendiri.
masjidnetwork.my menyediakan aplikasi dalam talian yang mudah untuk:
- Membantu senaraikan waris faraid dan ahli keluarga angkat
- Membantu senaraikan harta alih dan tak alih
- Membantu senaraikan maklumat penting seperti penama tabung haji, skim takaful, skim khairat kematian dan skim urus jenazah
- Membantu senaraikan hutang
- Membantu senaraikan hasrat pewarisan
- Siapa akan menjadi wasi
- Siapa akan menjadi pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Senarai harta sepencarian
- Peruntukan wasiat kepada bukan waris
- Peruntukan wasiat kepada badan amal sebagai wasiat sedekah/waqaf
- Pesanan Peruntukan kepada waris
Maklumat ini boleh dikemaskini secara berterusan
Setelah maklumat lengkap diisi, Ahli boleh melanggan Pakej Khairat Plus untuk mencetak
- Dokumen wasiat perlantikan wasi dan pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Dokumen pesanan pewarisan harta
- Dokumen pesanan kepada waris
Panduan untuk urusan tandatangan disediakan, untuk dikendalikan sendiri oleh ahli
Walaupun dokumen pewarisan lengkap ini boleh dibuat secara Kediri ( DIY), ahli baru digalakkan untuk mendapatkan bantuan pakar untuk menyediakan dokumen yang kukuh dan berkualiti. Yuran bantuan pakar adalah RM 200. Sila langgan melalui pautan “Panduan Ahli Baru” yang anda terima.
Jika terdapat sebarang perubahan waris, harta, hutang dan harta, Ahli boleh kemaskini maklumat dan cetak semua dokumen untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang kos tambahan
Perkhidmatan tambahan seperti khidmat bantuan menzahirkan harta dan menyediakan pengistiharan hibah juga ada disediakan
Sila daftar sebagai ahli masjidnetwork.my untuk dapatkan khidmat di atas dengan klik butang DAFTAR