HIBAH
Definisi Hibah dari Segi Bahasa
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian, sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai makna yang hampir sama. Perbezaannya adalah dari aspek tujuan pemberian itu; di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya daripada yang kaya kepada yang miskin; manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubung kait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah ialah hibah, tetapi bukan semua hibah ialah sedekah dan hadiah.
Definisi Hibah dari Segi Istilah Syarak
Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan . Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
RUKUN-RUKUN HIBAH
Sesuatu kontrak atau instrumen hibah/pemberian mestilah memenuhi rukun-rukun serta syarat-syarat (terhadap rukun tersebut) untuk menjamin kesahihannya.
Rukun hibah itu ada tiga iaitu;
- Pihak-pihak yang melakukan aqad hibah terdiri daripada pemberi hibah (wahib)
- Penerima hibah (mawhub lahu),
- Akad hibah menerusi ijab dan qabul,
- Adanya barang yang dihibahkan itu (mawhub).
Syarat Penerima Hibah
Disyaratkan supaya seseorang itu berkeahlian untuk menguruskan harta yang diterimanya, tetapi hal ini boleh dibatasi dengan perlantikan pemegang amanah dan sebagainya untuk menguruskan pentadbiran harta pemberian tersebut. Oleh kerana itu, penerima yang gila, cacat akal, kanak-kanak, berbeza ugama dan sebagainya tidak akan mencacatkan kontrak hibah tersebut.
Syarat Lafaz (sighah) Ijab dan Qabul
Lafaz ijab iaitu memberi hendaklah diungkapkan oleh pemberi dan qabul oleh penerima hibah tersebut. Lafaz Ijab oleh pemberi boleh dilakukan secara jelas atau nyata, atau secara tidak langsung (kiasan).
Perkhidmatan penyediaan Dokumen Pengistiharan Hibah melalui MyPusaka
Sebelum membuat dokumen Pengistiharan Hibah, kami sarankan untuk Tuan/Puan mula dengan proses awal perancangan pewarisan
Kami menyediakan aplikasi dalam talian secara PERCUMA kepada ahli masjidnetwork.my. Keahlian terbuka kepada semua umat islam yang berusia lebih 18 tahun.
Daftar segera dengan klik butang DAFTAR
Melalui aplikasi ini, ahli masjidnetwork.my boleh:
- Membuat pengiraan waris faraid dan mencetak analisanya
- Membantu senaraikan waris faraid dan ahli keluarga angkat
- Membantu senaraikan harta alih dan tak alih
- Membantu senaraikan maklumat penting seperti penama tabung haji, skim takaful, skim khairat kematian dan skim urus jenazah
- Membantu senaraikan hutang
- Membantu senaraikan hasrat pewarisan
- Siapa akan menjadi wasi
- Siapa akan menjadi pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Senarai harta sepencarian
- Peruntukan wasiat kepada bukan waris
- Peruntukan wasiat kepada badan amal sebagai wasiat sedekah/waqaf
- Pesanan Peruntukan kepada waris
Maklumat ini boleh dikemaskini secara berterusan
Setelah maklumat lengkap diisi, Ahli boleh melanggan pakej Khairat Plus untuk mencetak
- Dokumen wasiat perlantikan wasi dan pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Dokumen pengistiharan harta sepencarian
- Dokumen pesanan pewarisan harta
- Dokumen pesanan kepada waris
Panduan untuk urusan tandatangan disediakan, untuk dikendalikan sendiri oleh ahli.
Walaupun dokumen pewarisan lengkap ini boleh dibuat secara Kediri ( DIY), ahli baru digalakkan untuk mendapatkan bantuan pakar untuk menyediakan dokumen yang kukuh dan berkualiti. Yuran bantuan pakar adalah RM 200. Sila langgan melalui pautan “Panduan Ahli Baru” yang anda terima.
Jika terdapat sebarang perubahan waris, harta, hutang dan harta, Ahli boleh kemaskini maklumat dan cetak semua dokumen untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang kos tambahan
Perkhidmatan tambahan seperti khidmat bantuan menzahirkan harta dan menyediakan dokumen pengistiharan HIBAH juga ada disediakan
Sila daftar sebagai ahli untuk dapatkan khidmat di atas dengan klik butang DAFTAR