WASIAT
Definisi Wasiat
Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.
Rukun Wasiat
- Pewasiat;
- Penerima wasiat (benefisiari);
- Harta yang diwasiat; dan
- Sighah (lafaz wasiat).
Syarat Pewasiat
- Telah mencapai umur lapan belas tahun;
- Sempurna akal;
- Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
- Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.
Syarat Penerima Wasiat (Benefisiari)
- Diketahui dengan jelas;
- Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
- Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.
Syarat Harta Yang Diwasiat
- Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
- Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
- Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
- Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.
Kadar Wasiat
Pewasiat digalakkan mewasiatkan harta tidak melebihi satu pertiga. Ia berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. ketika Rasulullah SAW melawat beliau yang sedang sakit:
يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ
Yang bermaksud: “Ya Rasulullah, bolehkah aku ingin berwasiat semua hartaku? Jawab baginda: “tidak”, Aku berkata: “setengah?” Jawab baginda: “tidak”, aku berkata lagi: “Satu pertiga” Jawab baginda: “Satu pertiga dan satu pertiga itu banyak”, “sesungguhnya engkau meninggalkan waris itu kaya lebih baik daripada dia meminta-minta daripada manusia dengan tangan mereka.” (Riwayat al-Bukhari)
Satu pertiga dikira daripada harta bersih setelah dijelaskan kos urusan pengebumian dan hutang pewasiat. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.
Wasiat Kepada Waris
Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid. Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia. Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya .
Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا وصيةَ لوارثٍ إلا أن يشاءَ الورثةُ
Yang bermaksud: “Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu, sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain selepas kematian pewasiat.
Perkhidmatan wasiat melalui MyPusaka
Kami menyediakan aplikasi dalam talian secara PERCUMA kepada ahli masjidnetwork.my. Keahlian terbuka kepada semua umat islam yang berusia lebih 18 tahun.
Daftar segera menjadi ahli masjidnetwork.my dengan klik butang DAFTAR melalui laman web dari ahli yang menghubungi anda
Melalui aplikasi ini, ahli masjidnetwork.my anda boleh:
- Membuat pengiraan waris faraid dan mencetak analisanya
Kami sangat sarankan semua ahli untuk mula membuat perancangan pewarisan diri sendiri.
masjidnetwork.my menyediakan aplikasi dalam talian yang mudah untuk:
- Membantu senaraikan waris faraid dan ahli keluarga angkat
- Membantu senaraikan harta alih dan tak alih
- Membantu senaraikan maklumat penting seperti penama tabung haji, skim takaful, skim khairat kematian dan skim urus jenazah
- Membantu senaraikan hutang
- Membantu senaraikan hasrat pewarisan
- Siapa akan menjadi wasi
- Siapa akan menjadi pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Senarai harta sepencarian
- Peruntukan wasiat kepada bukan waris
- Peruntukan wasiat kepada badan amal sebagai wasiat sedekah/waqaf
- Pesanan Peruntukan kepada waris
Maklumat ini boleh dikemaskini secara berterusan
Setelah maklumat lengkap diisi, Ahli boleh melanggan Pakej Khairat Plus untuk mencetak
- Dokumen wasiat perlantikan wasi dan pentadbir harta anak bawah umur/OKU
- Dokumen pesanan pewarisan harta
- Dokumen pesanan kepada waris
Panduan untuk urusan tandatangan disediakan, untuk dikendalikan sendiri oleh ahli
Walaupun dokumen pewarisan lengkap ini boleh dibuat secara Kediri ( DIY), ahli baru digalakkan untuk mendapatkan bantuan pakar untuk menyediakan dokumen yang kukuh dan berkualiti. Yuran bantuan pakar adalah RM 200. Sila langgan melalui pautan “Panduan Ahli Baru” yang anda terima.
Jika terdapat sebarang perubahan waris, harta, hutang dan harta, Ahli boleh kemaskini maklumat dan cetak semua dokumen untuk ditandatangani. Tidak ada sebarang kos tambahan
Perkhidmatan tambahan seperti khidmat bantuan menzahirkan harta dan menyediakan pengistiharan hibah juga ada disediakan
Sila daftar sebagai ahli masjidnetwork.my untuk dapatkan khidmat di atas dengan klik butang DAFTAR