MyPusaka adalah jenama perkhidmatan yang dikendalikan oleh Pusaka Kuds Sdn Bhd.
MyPusaka memberikan perkhidmatan latihan, perundingan dan solusi kewangan kepada orang ramai.
Mula beroperasi dari 1 Dis 2016.
Antara skop perkhidmatan MyPusaka adalah:
- Khidmat memberi taklimat, seminar dan bengkel berkaitan ilmu pewarisan, fariad dan perancangan legasi kepada masyarakat.
- Menyediakan media ilmu seperti video, infographic, nota digital berkaitan ilmu pewarisan, fariad dan perancangan legasi.
- Menyediakan khidmat runding asas untuk:
- Memantapkan pendapatan
- Mengawal perbelanjaan
- Menambah harta dan pendapatan melalui pelaburan strategik
- Menyediakan perlindungan harta, kesihatan dan nyawa
- Menyediakan perancangan pewarisan
- Membantu waris kepada harta pusaka untuk melalui proses urus pusaka dengan teratur
Antara solusi yang ditawarkan oleh MyPusaka adalah:
- Dokumen perlantikan wasi
- Dokumen pengistiharan harta sepencarian
- Dokumen wasiat
- Dokumen pesanan pewarisan harta
- Dokumen pengistiharan hibah
- Dokumen akuan pegang amanah
- Solusi berasaskan trustee
- Sesi penerangan dan muafakat kepada waris
- Bantuan menyediakan dokumen permohonan pusaka
- Bantuan kepada waris untuk melalui proses bicara pusaka
- Solusi takaful
- Takaful hayat
- Takaful perubatan
- Takaful kemalangan
- Takaful kenderaan
- Takaful rumah
Antara pencapaian MyPusaka adalah:
MyPusaka telah berjaya:
- Memberi penerangan kepada lebih 100,000 orang tentang ilmu pewarisan dan faraid melalui sesi kelas ilmu di lokasi dan secara dalam talian.
- Mentauliah lebih 1600 perunding pewarisan
- Telah mengendalikan banyak seminar dan taklimat berkaitan pewarisan di jabatan kerajaan, masjid, syarikat swasta, persatuan dan koperasi
- Telah membantu menguruskan dan menyelesaikan banyak kes pusaka yang sebelum ini terbeku
- Telah menyediakan banyak dokumen pewarisan kepada masyarakat Islam, seperti perlantikan wasi, wasiat, pengistiharan hibah, dan surat ikatan amanah